Fasa Tiga program imunisasi dipercepat

June 20, 2021 · Isu semasa

Kerajaan mempercepatkan Fasa Ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) membabitkan pemberian vaksin kepada 13.7 juta penduduk dengan permulaan rasmi di Lembah Klang, esok.

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata Fasa Tiga boleh bermula di Selangor dan Putrajaya kerana 90 peratus warga emas yang mendaftar untuk menerima vaksin sudah menerima dos pertama atau janji temu suntikan.

“Saya putuskan untuk mempercepat pelaksanaan fasa ketiga bermula esok di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Stadium Bukit Jalil.

“Ini disebabkan 99 peratus daripada warga emas berdaftar di Kuala Lumpur dan 88 peratus di Selangor, sudah sama ada menerima dos pertama vaksin atau janji temu suntikan,” katanya pada sidang media Pelan Pemulihan Negara di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu menunggu sehingga100 peratus warga emas mendaftar untuk menerima suntikan, malah Putrajaya sudah pun memulakan Fasa Ketiga beberapa minggu lalu kerana warga emas di wilayah itu sudah selesai disuntik.

Khairy berkata, pelaksanaan Fasa Tiga akan memberi keutamaan kepada individu yang sudah mendaftar sejak 23 Februari lalu, berasaskan konsep ‘first come, first serve’.

Berhubung penurunan kapasiti suntikan harian pada hujung minggu, Khairy berkata, itu berlaku kerana ada PPV berehat satu hari, sama ada Jumaat, Sabtu atau Ahad sebagai hari cuti.

“Apabila bekalan vaksin meningkat bulan depan dan kapasiti pemberian harian perlu ditingkatkan, kita akan memastikan semua PPV beroperasi tujuh hari seminggu,” katanya, memaklumkan tiada hari mencatat penurunan kapasiti harian di bawah 150,000 minggu ini.

Ditanya mengenai isu penerima lengkap vaksin masih mendapat janji temu, Khairy berkata, ia disebabkan PPV negeri mencatat suntikan secara manual, dan belum mengemas kini maklumat dalam MySejahtera.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok