Fasa pertama pasang lokar sekolah bermula hujung September: Radzi

September 5, 2022 · Isu semasa

Fasa pertama pemasangan lokar di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi akan dilaksanakan mulai akhir bulan ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata pemasangan lokar secara berperingkat itu dilaksanakan sebagai salah satu daripada tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangani isu beg berat murid sekolah.

Katanya, fasa pertama pemasangan lokar adalah untuk murid Tahun Satu dan Dua dan menjangkakan inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang Oktober ini.

“Senarai sekolah pada fasa pertama belum dimuktamadkan dan ia akan diumumkan kelak.” katanya selepas sesi libat urus dengan editor kanan media, di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Radzi, berkata kebanyakan majlis agama Islam negeri bersetuju agar pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Bagi memperkasakan sekolah harian yang tidak memenuhi kapasiti sebenar jumlah pelajar, Radzi berkata KPM akan menambah baik pembangunan infrastruktur agar sekolah berkenaan akan menjadi pilihan ibu bapa.

“Kaedah ini adalah bagi mengatasi persepsi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak ke sekolah lebih jauh berbanding sekolah berhampiran kawasan kediaman kerana menganggap sekolah berdekatan kurang berprestasi,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
1 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
1 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
1 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok