Fasa 3 BKC dibayar Isnin ini

December 18, 2021 · Isu semasa

Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebanyak RM300 kepada 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 akan dibuat pada Isnin ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bayaran BKC akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

BKC diperkenalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada Jun lalu serentak dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Bantuan itu memberi memanfaatkan kepada lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.

BKC adalah bantuan tunai langsung yang disediakan dan diperkenalkan Kerajaan PN bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik Covid-19.

Menerusi bantuan itu, isi rumah kategori miskin tegar menerima bantuan sebanyak RM500 pada September, RM500 (November), dan RM300 pada Disember).

Bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) pula akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bank berkenaan akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC telah diselesaikan pada September dan November lepas dengan peruntukan RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, https://bkc.hasil.gov.my selain bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan nilai bantuan yang diterima.

Berita berkaitan
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok