Fakta tidak dapat disangkal, Najib tahu duit masuk akaun, belanjakan: Pendakwa

August 19, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyangkal sejumlah wang RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudiaan dibelanjakan untuk faedah peribadi, kata Pendakwa Raya dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram dalam hujahannya berkata antara Jun 2014 dan Februari 2015, Najib sedar bahawa dia hanya mempunyai RM49 juta melalui dakwaannya bahawa ia adalah derma Arab yang keempat.

Jelasnya, wang itu pun dihabiskan Najib kecuali kira-kira RM6 juta yang terdiri daripada deposit tunai RM5 juta (bukan derma Arab) sebelum kemasukan RM42 juta.

Oleh itu, katanya ia menjadikan RM42 juta yang masuk ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu adalah peningkatan sebanyak 100 peratus.

“Namun, perayu ‘menutup mata’ dan menyatakan bahawa dia tiada pengetahuan mengenai RM42 juta ini dan mendakwa tidak mengetahui dana yang dibelanjakannya.

“Kami menyatakan malah derma Arab yang dikatakan habis tidak dapat membantu naratif perayu.

“Fakta bahawa perayu mengeluarkan cek atau memindahkan dana keluar, malah kadang-kadang sebelum dana itu benar-benar masuk ke dalam akaunnya menunjukkan dia mempunyai pengetahuan mengenai dana yang masuk,” katanya semasa berhujah.

Turut dibangkitkan Sithambaram berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) Blackberry menunjukkan bahawa Najib menggunakan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk mengesahkan baki wang dalam akaunnya.

Beliau berkata, SMS diterima Najib membuktikan dia mengetahui baki dalam akaun bank dan baki kad kredit, lantas adalah mustahil tidak mengetahui jumlah kredit dan debit sebanyak RM606,510,436.66 dalam tiga akaun semasa yang dikendalikan selama tiga tahun sebelum menutup semua akaun pada 9 Mac 2015 seperti terzahir dalam semua penyata akaun.

“Responden berhujah bahawa keterangan ini jelas membuktikan bahawa perayu mempunyai pengetahuan sebenar berhubung status dan transaksi dalam akaunnya.

“Hakim menimbangkan kaitan di antara SMS Blackberry dan nilai pembuktian dan mendapati ia adalah bukti yang tidak dapat dipertikaikan yang menunjukkan pembabitan Jho Low dalam menguruskan akaun bank perayu seawal tahun 2011.

“Perbualan Blackberry menimbulkan inferen kukuh bahawa perayu sudah semestinya mengetahui status, transaksi keluar masuk yang tidak terkira banyaknya dalam akaunnya dan baki sebenar untuk membolehkan dia menggunakan dana itu termasuk wang SRC yang masuk ke dalam akaun banknya,” katanya.

Najib mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International.

Perbicaraan bersambung petang ini.

Berita berkaitan
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu· Isu semasa
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
6 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
18 jam lalu· Politik
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
3 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak petrol RON97 naik 10 sen seliter
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok