Faizal yakin masih akan jadi Menteri, enggan layan spekulasi

January 3, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin masih akan menjadi Menteri Belia dan Sukan walaupun namanya dikaitkan dengan spekulasi akan digugurkan daripada barisan Kabinet kebelakangan ini.

Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu itu enggan melayani khabar angin yang sedang mengaitkan namanya dalam rombakan Kabinet yang kononnya akan diumumkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebaliknya mahu menumpukan kepada usaha-usaha untuk membantu mangsa bencana banjir.

“Saya berpandangan berita ini adalah spekulasi politik yang tidak perlu diberi perhatian.

“Lebih baik kita memberi tumpuan kepada usaha untuk meringankan beban kepada mangsa-mangsa musibah banjir dan usaha untuk membantu rakyat serta pemulihan ekonomi,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu portal berita Suara TV melaporkan perdana menteri dijangka mengadakan perbincangan empat mata dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan rombakan kabinet membabitkan dua menteri dari parti tersebut.

Ismail Sabri dikatakan tidak berpuas hati dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Abd Latiff Ahmad yang gagal memainkan peranan berkesan semasa bencana banjir baru-baru ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara(Nadma) yang terletak di bawah potfolio Abd Latiff turut dikritik hebat kerana gagal memainkan peranan berkesan untuk menyelaras operasi menyelamat dan memberi bantuan semasa bencana banjir.

Selain Abd Latiff, antara nama lain didakwa akan digugur dari kabinet ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Rina baru-baru ini mendapat kecaman warganet apabila tular rakaman video menunjukkan dia menggunakan water jet untuk membersihkan kaki lima sebuah sekolah yang tidak dicemari dengan lumpur banjir.

Menurut portal itu lagi, satu nama yang dijangka digugurkan ialah Menteri Perpaduan Datuk Halimah Mohamed Sadique yang mencetuskan kontroversi berhubung penjelasan mengenai agihan peruntukan RM100 juta untuk Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok