Faedah hutang 1MDB RM1.57 bilion tahun ini sudah dibayar kerajaan

August 2, 2022 · Isu semasa

Sebanyak RM1.57 bilion sudah dibelanjakan kerajaan bagi membayar faedah hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun ini.

Pembayaran faedah tersebut dibuat dengan anggaran kadar tukaran mata wang ringgit Malaysia dengan dolar AS ialah pada kadar RM4.50 bagi setiap AS$1, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Pembayaran faedah dibuat dua kali setahun mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Untuk rekod, 1MDB terpalit dengan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malah, Najib juga sedang berdepa perbicaraan berhubung kes rasuah dana 1MDB di mahkamah ketika ini.

Tengku Zafrul memberitahu Dewan Rakyat berhubung isu hutang selepas ditanya Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong.

Terdahulu Pak bertanya kepada Kementerian Kewangan mengenai bayaran faedah bulanan yang diperlukan kerajaan untuk membayar hutang 1MDB.

Sebelum ini media melaporkan setakat 30 Jun lalu, baki komitmen hutang 1MDB ialah sebanyak RM32.08 bilion.

Menurut Zafrul, antara April 2017 dan Mei 2022 kerajaan menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah RM10.85 bilion melalui Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) untuk melunaskan komitmen hutang dan faedah 1MDB.

Zafrul berkata sehingga 30 Jun, jumlah dana 1MDB yang berjaya diperolehi semula ialah berjumlah RM19.28 bilion termasuk dalam pelbagai mata wang asing, seperti dolar AS, dolar Singapura dan dolar Australia.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok