Fadzlette akui secara peribadi tak tahu sumber derma diterima Zahid

September 22, 2022 · Isu semasa

Sumbangan ikhlas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada mereka yang memerlukan dipercayai berpunca daripada wang yang dia sendiri terima sebagai sumbangan, kata Pengarah Media Presiden UMNO itu, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini (22 September 2022).

Bekas pegawai tentera itu yang telah berkhidmat dengan Zahid selama 11 tahun sebelum memegang jawatan sekarang berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi pembelaan kedua dalam perbicaraan Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan jenayah melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran hari ini bertanya sama ada Fadzlette mengetahui sumber dana yang dikatakan telah disumbangkan oleh Zahid.

Fadzlette kemudian berkata: “Tidak secara langsung tetapi saya pasti ia datang daripada derma atau sumbangan daripada kebanyakan individu atau mana-mana organisasi.”

Raja Rozela kemudian bertanya: “Jadi anda katakan sekarang, Datuk Seri Zahid memberi derma menggunakan wang siapa?”

Fadzlette menjawab: “Wang Datuk Seri Zahid terima daripada sumbangan.”

Memetik laporan MalayMail, Fadzlette bersetuju dia tidak mempunyai pengetahuan peribadi tentang sumbangan itu.

Kemudian, peguam Zahid, Aiman Abdul Rahman meminta Fadzlette menjelaskan jawapannya berhubung sumber derma Zahid dengan berkata: “Tadi, mengenai derma Datuk Seri Zahid, kamu kata tidak tahu dari mana sumbernya, tetapi kamu kata duit Datuk Seri Zahid terima daripada sumbangan, boleh awak jelaskan?”

Fadzlette menjawab: “Saya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai sumbangan itu, tetapi saya tahu Datuk Seri menerima banyak sumbangan daripada organisasi atau individu.”

Semalam, Fadzlette memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia mengenali Zahid sebagai seorang yang sangat pemurah dan dermawan sejak dia mula bekerja untuknya.

Dia menyenaraikan permohonan derma yang terlibat secara langsung, termasuk permintaan daripada kelab sukan dan kebajikan agensi media, surat dari kawasan perumahan yang kebanyakannya meminta pembaikan masjid, membayar aktiviti sekolah tahfiz, dan bantuan kewangan untuk aktiviti rekreasi.

Fadzlette juga semalam memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pasti sama ada saksi pendakwaan ke-90, Mejar Mazlina [email protected] diarah oleh Presiden UMNO itu untuk menguruskan wang, termasuk kad kredit.

Ketika menjawab soalan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, semalam Fadzlette juga berkata dia tidak mengetahui sama ada Mazlina mendapat kebenaran daripada Zahid untuk membayar kad kredit dan menggunakan cop tandatangannya.

Fadzlette telah berkhidmat dengan Zahid selama 11 tahun, bermula dari 2011 ketika dia menjadi pengarah media kepada Zahid yang juga Menteri Pertahanan ketika itu.

Dia kemudiannya bertugas sebagai Setiausaha Akhbar ketika Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri sehingga Mei 2018, sebelum bertukar kepada peranannya sekarang.

Dalam perbicaraan ini, Zahid menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung RM31 juta dana Yayasan Akalbudi (YAB), 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan lapan pertuduhan rasuah melibatkan RM21.25 juta.

Zahid adalah pemegang amanah dan kemudiannya menjadi penandatangan tunggal cek untuk YAB, sebuah yayasan yang ditubuhkannya untuk membasmi kemiskinan dan membantu golongan miskin.

Dua belas pertuduhan pecah amanah jenayah adalah berhubung dakwaan penyelewengan dana YAB, termasuk RM1.3 juta melalui 43 keping cek bil kad kredit isteri dan RM107,509.55 melalui tiga cek insurans kenderaan dan cukai jalan bagi 20 kenderaan milik persendirian.

Cek RM1.3 juta kepada persatuan bola sepak polis; cek RM10 juta untuk pinjaman kepada Armada Holdings Sdn Bhd; RM360,000 melalui dua cek kepada firma perunding politik TS Consultancy & Resources; dan lebih RM17. 9 juta dana dipindahkan daripada YAB kepada firma guaman Lewis & Co.

Zahid dan peguamnya telah berusaha untuk menyalahkan Mazlina yang juga bekas setiausaha eksekutifnya berhubung penggunaan cek YAB untuk tujuan seperti membayar bil kad kredit.

Berita berkaitan
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
8 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
10 jam lalu· Politik
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
16 jam lalu· Isu semasa
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
7 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
9 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
9 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok