Facebook Mufti Perlis disekat 30 hari kerana hentam Israel

May 18, 2021 · Isu semasa

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu akaun Facebook beliau telah disekat selama 30 hari oleh Facebook Inc bermula hari ini.

Memberitahu Agenda Daily, beliau berkata, tindakan penggantungan akaun Facebook itu dipercayai dilakukan setelah beliau memuat naik artikel yang pernah ditulisnya pada 17 Januari 2009, yang diolah semula dan disiarkan hari ini.

“FB ini dibanned selama 30 hari, kerana mengeluarkan artikel ini,” katanya kepada Agenda Daily melalui e-mel pagi ini.

Artikel yang diterbitkan beliau itu bertajuk ‘Isu Yahudi: Hitler mungkin ada alasannya’, adalah olahan semula daripada artikel berjudul ‘Hitler itu mungkin ada benarnya’, yang beliau tulis pada 17 Januari 2009 ketika berada di Osnabruck, Jerman – sebuah bandar bersejarah termasuk sejarah Hitler.

Mohd Asri berkata, beliau pernah ditegur oleh salah sebuah kedutaan Barat ketika artikel itu diterbitkan dahulu.

“Saya ulangsiar semula dengan sedikit suntingan artikel tersebut pada hari ini dalam keadaan dunia membantah kejahatan Yahudi Israel,” katanya sebelum laman Facebook beliau disekat.

Artikel yang beliau tulis boleh dilayari DI SINI

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok