Exco Selangor jawab Rafizi, kuasa PBT terhad untuk tutup kilang

July 14, 2021 · Isu semasa

Seorang Exco Selangor menafikan dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menggunakan bidang kuasanya untuk menutup kilang di negeri tersebut yang dikatakan menjadi punca penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan (Exco) Selangor, Ng Sze Han berkata PBT di negeri itu hanya mempunyai kuasa terhad di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk menutup kilang dan membatalkan lesen.

“Walaupun seksyen yang dirujuk seakan-akan memberi kuasa mutlak kepada PBT untuk membatalkan lesen, tindakan pembatalan harus dilakukan mengikut syarat serta parameter yang tertera di dalam lesen pada waktu dikeluarkan dan bukannya bersifat arbitrari, dilakukan secara sewenang-wenangnya atau tanpa asas.

“Lesen pengoperasian kilang yang dikeluarkan oleh PBT adalah sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta 171 sahaja dan tidak melibatkan hal ehwal kesihatan berkenaan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kuasa untuk menutup kilang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan untuk menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan arahan penutupan kilang atau premis perniagaan dibuat.

Terdahulu, Rafizi mempersoal kerajaan Selangor tidak menutup kilang di negeri itu menggunakan kuasa di bawah PBT termasuk membatalkan lesen tanpa sebab.

Beliau mendakwa, di bawah Seksyen 102(s) di bawah bidang kuasa tambahan, PBT diberi kuasa (melalui kaedah pelesenan) untuk mengawal, menyelia (termasuk menutup) perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan orang ramai.

Sze Han yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara menjelaskan, Akta 342 memberi kuasa kepada Menteri Persekutuan melalui Seksyen 3 (1) untuk melantik Pegawai Kesihatan ataupun pegawai lain bagi tujuan menguatkuasakan usaha mengawal Covid-19.

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan kali pertama yang bermula pada 18 Mac 2020, pegawai-pegawai yang diberi amanah menguatkuasakan peruntukan Akta 342 melalui Seksyen 3(1) adalah Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela).

Katanya lagi, pada 3 Mac 2021, Menteri Kesihatan dan Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri telah meminda Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 dan memperluaskan pegawai yang terlibat merangkumi Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Namun, Sze Han mempertahankan pindaan tersebut tidak memberi kuasa kepada PBT untuk menutup kilang.

“Harus diingatkan pindaan di atas bukan bermaksud PBT mempunyai kuasa untuk menutup kilang. Kuasa tersebut masih di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Setakat ini salah satu usaha penutupan kilang dan pematuhan SOP dilaksanakan di bawah Operasi (Op) Patuh. Operasi tersebut telah dilaksanakan oleh suatu Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Pematuhan SOP PKP Covid-19 (JKPS) yang diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri yang mana Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor hanyalah salah satu anggota jawatankuasa,” jelasnya.

 

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok