Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang

November 18, 2022 · Isu semasa

Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijadualkan esok, jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus mencatatkan peningkatan dengan angka terkini mencecah 4,410 orang yang ditempatkan di 59 pusat pemindahan sementara (PPS).

Memetik laporan Sinar Harian, angka itu merupakan kemas kini setakat jam 8 pagi tadi (18 November 2022) berbanding 4,221 orang yang direkodkan malam tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)  memaklumkan Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu yang terjejas menjadikan ia negeri kelapan dilanda banjir secara keseluruhan ketika ini.

Negeri lain yang turut terjejas adalah Selangor, Kelantan, Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.

Katanya, sebanyak 1,329 keluarga direkodkan di 59 PPS itu yang melibatkan 23 daerah seluruh Malaysia.

“Daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir itu, Selangor mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,625 orang daripada 401 keluarga yang berlindung di 21 PPS di tujuh daerah.

“Ia diikuti Kelantan yang menempatkan 1,053 mangsa banjir daripada 364 keluarga di enam PPS yang dibuka di satu daerah,” katanya.

Mangsa yang terjejas di Perak seramai 856 orang daripada 235 keluarga sementara Pahang pula 391 mangsa daripada 117 keluarga dan Sarawak melibatkan 123 mangsa daripada 39 keluarga.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
14 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
14 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok