Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat

July 2, 2022 · Isu semasa

Seramai 10 pemancing dan tiga kru sebuah bot yang dilapor hilang di sekitar pelantar minyak Tapis di perairan negeri ini Rabu lepas, ditemukan selamat semalam (1 Julai 2022).

Pegawai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Lt Komander Maritim Mohd Arizan Hakimi Mohd Zain berkata bot berkenaan dijumpai pada 1.40 tengah hari di sekitar pelantar minyak Cendor, kira-kira 80 batu nautika dari Kuala Terengganu.

“Bot berkenaan yang mengalami kerosakan enjin ditemukan oleh kapal pembekal barangan keperluan ke pelantar minyak.

“Ketika ditemukan, kesemua mangsa dalam keadaan baik dan kemudian diberi makan serta minum oleh kru kapal itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada ahli keluarga mangsa di Pejabat APMM Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Sebelum ini, kumpulan pemancing berkenaan dikhuatiri hilang di laut selepas keluar memancing di perairan Besut, Terengganu pada 25 Jun lalu.

Kesemua pemancing terbabit yang dipercayai memancing di Pelantar Minyak Tapis di perairan negeri ini sepatutnya pulang semalam selepas keluar pada jam 10 pagi pada Sabtu lalu.

Difahamkan, rakan pemancing mendakwa kali terakhir melihat bot dinaiki kumpulan itu berada di sekitar Pelantar Minyak Tapis, kira-kira 128 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Mengulas lanjut, Mohd Arizan Hakimi berkata proses membawa pulang kesemua pemancing dan kru bot berusia 32 hingga 52 tahun itu sedang dilakukan menggunakan kapal KM Redang yang dijangka tiba di Jeti APMM Terengganu 10 malam ini.

Bagaimanapun katanya proses membawa pulang mereka turut bergantung kepada keadaan cuaca di tengah laut.

“Kita anggarkan ia mengambil masa lima hingga enam jam. Kita akan cuba bawa balik cepat kerana cuaca sebelah malam agak buruk,” katanya.

Sementara itu, ibu seorang daripada pemancing berkenaan, Rahmah Abdullah, 72, berkata beliau bersyukur apabila dimaklumkan anak sulungnya, Mohd Faizal Ismail, 47, dan rakan-rakannya ditemukan selamat.

Menurut warga emas itu, Mohd Faizal sepatutnya pulang ke Melaka pada Rabu namun tidak muncul menyebabkan mereka sekeluarga risau.

“Mak cik tiba di Terengganu pada 3 pagi tadi bersama menantu dan anak saudara Mohd Faizal. Kami sedang bersiap-siap untuk mendengar taklimat operasi (SAR) sebelum dimaklumkan bot mereka (mangsa) telah dijumpai,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Pengemudi bot kantoi khayal dadah depan Sultan Ibrahim
October 8, 2021· Isu semasa
Kapal tangki berlanggar kapal kargo di perairan Muar, tiada kemalangan jiwa
July 11, 2021· Isu semasa
Kapal pengawal pantai China pula ceroboh perairan negara
June 8, 2021· Isu semasa
SJR di seluruh negara ditambah susulan ‘total lockdown’ 1 Jun
May 29, 2021· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
17 minit lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
1 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
12 jam lalu · Isu semasa
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok