Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP

September 26, 2021 · Isu semasa

Guru yang menolak vaksin Covid-19 mungkin ditukar ke tempat lain jika tindakan mereka menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid terjejas.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata demi kepentingan perkhidmatan dan keselamatan pelajar, pihaknya sedang melihat cara untuk membawa keluar guru terbabit dari sekolah yang bermasalah dan antara solusi ialah melakukan pertukaran tempat mengajar.

“Sebelum ini, guru yang tidak divaksin tidak boleh mengajar secara bersemuka tetapi kena hadir ke sekolah dan akan ditempatkan di tempat khas dan ada tugasan untuk mereka.

“Namun apabila kita lihat data, kita dapati di sekolah tertentu ada guru yang tidak mahu divaksin mengajar subjek yang sama, jadi macam mana nak teruskan pembelajaran dalam konteks ini?” katanya lapor Bernama hari ini.

Terdahulu, Radzi melawat Kolej Vokasional Langkawi hari ini.

Beliau berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan pertukaran tempat mengajar termasuk melibatkan perpindahan antara negeri mungkin terpaksa dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Radzi berkata di peringkat awal, guru yang enggan divaksin sudah diberi nasihat dan tempoh secukupnya untuk mengambil vaksin.

“Daripada 2,500 guru yang enggan divaksin, sekarang dah tinggal sekitar 2,000 sahaja lagi yang belum divaksin… Jumlah ini nampak kecil tapi bila diselidik hingga ke setiap sekolah, ia tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kita kena ambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata untuk tindakan lanjut, pihaknya masih menunggu keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung bentuk tindakan bersesuaian terhadap guru terbabit.

Mengulas vaksinasi remaja, Radzi berkata ketika ini, kesimpulan masih belum dapat dibuat mengenai perjalanan proses itu namun pihaknya melihat ia berjalan dengan sangat baik dan teratur.

“Program vaksinasi remaja baru bermula dan kita sedang pantau penerimaan ibu bapa… tapi setakat ini, penerimaan cukup baik dan ibu bapa bersemangat menghantar anak ambil vaksin dan kita akan terus pantau keadaan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok