Endemik, masa usahawan kembali bangkit

Peralihan ke Fasa Endemik merupakan ‘exit strategy’ bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Fasa Peralihan ke Endemik merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang hanya boleh diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Endemik bermaksud kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat.

Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabil serta rendah. Contohnya, denggi adalah penyakit endemik di Malaysia.

Dalam pada itu, kadar vaksinasi Covid-19 lengkap bagi populasi dewasa dalam negara ialah 98.7 peratus. Kadar vaksinasi dos penggalak bagi populasi dewasa adalah 64 peratus (statistik sehingga 7 Mac 2022).

Jika dilihat sudut keusahawanan, fasa peralihan ke endemik dilihat sebagai peluang kedua bagi usahawan meningkatkan pendapatan setelah terkesan akibat Covid-19.

Menurut perunding keusahawanan yang juga pengasas PakarHR, Hisham Wahab, , fasa peralihan itu harus digunakan sebaiknya demi kelangsungan masa akan datang.

“Pengangguran di Malaysia masih berada pada kadar 700,000 orang. Ia indikasi yang boleh dimanfaatkan banyak industri yang memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir,” kata Hisham.

Dalam pada itu, usahawan yang ingin bengkit semula boleh melayari laman web, www.teamhebat.com bagi melihat peluang dan ruang baharu untuk memulakan perniagaan.

Sementara itu, beliau berpendapat, ramai usahawan apabila menjalankan bisnes, mereka terlalu fokus kepada bahagian jualan dan pemasaran sahaja. Mereka lupa sebenarnya sumber manusia (HR) juga merupakan tunggak utama dalam syarikat.

“Ramai pemilik perniagaan  beranggapan HR ini hanya melibatkan kerja pengkeranian sahaja atau kerja-kerja penyusunan fail sahaja. Kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa kerja-kerja HR sekadar kira gaji dan merekod cuti pekerja semata-mata,” katanya.

Dalam pada itum  Ketua Pegawai Operasi (COO) PakarHR, Salwa Azlan pula berkata ada juga ushawan yang masih bergantung sepenuhnya kepada Google berkaitan dengan urusan HR, terutamanya yang melibatkan dokumen-dokumen staf.

“Sebenarnya, perkara ini merumitkan mereka kerana di Google, terdapat banyak pilihan yang mereka sendiri tidak pasti kesahihannya.

“Google memang senang, tekan je semua keluar. Masalahnya, macam mana mereka nak tahu yang betul dan yang mana salah? Jadi, kalau benda ni pun Bisnes Owner tak jelas, macam mana mereka nak ‘Grow’kan bisnes mereka dengan team yang berkualiti”,” ujarnya,

Sebagai rekod, PakarHR telah berjaya memenangi Anugerah dalam majlis Anugerah Keusahawanan Johor (AKJ) 2020 yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Johor baru-baru ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR