Endemik: Jangan abaikan SOP

April 9, 2022 · Isu semasa

Pandemik Covid-19 di Malaysia merupakan sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (Covid-19) yang sedang melanda seluruh dunia berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2).

Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan Covid-19 dan juga jumlah kematian akibat penyakit tersebut di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina

Sejak Januari 2020, tindak balas dan kesiapsiagaan perubatan terhadap wabak tersebut di Malaysia diselia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di bawah Kementerian Kesihatan dan tiga buah kerajaan berturut-turut.

Kes Covid-19 yang pertama di Malaysia telah disahkan pada 25 Januari 2020 yang melibatkan para pelancong dari China yang tiba di Johor melalui Singapura. Walaupun pada awalnya wabak tersebut terbatas kepada beberapa kes yang diimport, beberapa buah kluster tempatan telah muncul pada bulan Mac 2020.

Kluster yang terbesar pada ketika itu dikaitkan dengan perhimpunan agama Jemaah Tabligh yang diadakan di Kuala Lumpur, yang membawa kepada kenaikan besar-besaran dalam kes tempatan serta pengeksportan kes ke negara jiran. Menjelang akhir bulan Mac 2020, jumlah kes jangkitan Covid-19 yang disahkan di dalam negara telah meningkat daripada bawah 30 kes aktif kepada 2,000 kes aktif ke atas dan telah dilaporkan di setiap negeri dan wilayah persekutuan di negara ini.

Ekoran daripada peningkatan jumlah kes yang mendadak pada bulan Mac 2020, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik kerana situasi jangkitannya yang tidak terkawal di banyak negara dan wilayah di seluruh dunia.

Namun kini, beberapa negara telah bersedia untuk mengambil langkah untuk melaksanakan fasa peralihan dari pandemik kepada endemik.

Persoalannya, adakah negara telah bersedia untuk peralihan fasa ke endemik?

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, Malaysia sememangnya sudah bersedia untuk peralihan ke fasa endemik.

Menurutnya, untuk peralihan ke fasa endemik ini, beberapa indikator penting telah dinilai oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Walaupun bilangan kes ha­rian adalah tinggi, namun lebih 90 peratus dalam kategori ringan iaitu satu dan dua. Selain itu bilangan kematian yang dicatatkan juga tidak terlalu tinggi.

“Indikator lain yang dinilai adalah kadar liputan vaksin lengkap dan pemberian dos penggalak yang tinggi. Dalam masa yang sama fasiliti kesihatan juga tidak lagi terbeban,” jelasnya.

Tambahnya, selain itu pemahaman dan kepatuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) juga memuaskan.

Zainal Ariffin berkata, apabila memasuki fasa endemik, dos penggalak ini masih perlu diambil terutamanya bagi mereka yang belum berbuat demikian. Beliau juga menasihati orang ramai agar sentiasa pastikan SOP dipatuhi.

“Kita boleh bergerak bebas, tetapi elakkan daripada berlaku kesesakan, sentiasa amalkan kuarantin dan ujian kendiri jika bergejala.

“Teruskan kehidupan dan aktiviti rutin seperti biasa tetapi kita haruslah sentiasa peka de­ngan jangkitan dan dapatkan nasihat perubatan sekiranya perlu,” tegasnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok