Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan

March 31, 2023 · Isu semasa

Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling, melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur, akan diberhentikan bermula 2 April ini.

Penutupan sementara itu bagi memberi laluan kerja-kerja membaiki landasan yang rosak.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ia dihentikan kerana tren digunakan untuk perkhidmatan di antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur, tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan perkhidmatan atas faktor keselamatan, menurut laporan Bernama.

“Ia susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Jan lepas.

“Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini, sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kesemua perkhidmatan bas itu akan beroperasi melibatkan 40 buah dan kekerapan antara 10 dan 15 minit pada waktu puncak, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Di samping itu, Rapid Rail Sdn Bhd turut memaklumkan bermula 2 April ini juga, perkhidmatan bas LRT 9 dan bas LRT 10 akan ditamatkan.

“Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang disediakan.

“Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang. Kami berterima kasih dan menghargai kesabaran penumpang,” menurut kenyataan Rapid Rail itu.

Berita berkaitan
Mampukah pengangkutan awam negara bertambah baik?
February 9, 2023· Isu semasa
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023· Isu semasa
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi sepenuhnya pagi ini.
November 14, 2022· Isu semasa
LRT Stesen Kelana Jaya, Ampang Park dihentikan sementara operasi 7 hari
November 9, 2022· Isu semasa
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023 · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
3 minit lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok