Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu

December 8, 2022 · Isu semasa

Enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 7 Disember 2022), turun semula berbanding 16 kes yang direkodkan pada Selasa.

Data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan semua kematian itu dicatat ketika mangsa menerima rawatan di fasiliti kesihatan. Tiada kematian ‘brought in death’ (BID) dilaporkan.

Angka itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,738 kes, termasuk 7,828 kes BID.

Dua daripada kematian itu masing-masing dilaporkan di Kedah dan Perak, manakala masing-masing satu di Johor dan Selangor.

Sementara itu, jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam meningkat sedikit apabila mencatat 1,682 kes berbanding 1,649 yang dicatat pada Selasa.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 5,005,239 kes, dengan 4,946,495 pesakit telah sembuh, termasuk 1,428 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,115 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 390 kes (penerima dua dos); 169 kes (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga semalam 22,006 kes masih aktif, naik semula berbanding 21,758 yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 20,514 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (20,243 pesakit pada Selasa); dan 1,401 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,414 pada Selasa.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 101 pada Selasa, dengan 58 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (64 pada Selasa).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 486 (1,537,413)
  • Kuala Lumpur – 160 (464,340)
  • Sabah – 115 (405,688)
  • Johor – 37 (397,261)
  • Sarawak – 150 (321,699)
  • Kedah – 87 (316,789)
  • Pulau Pinang – 123 (305,490)
  • Kelantan – 66 (259,211)
  • Perak – 71 (237,498)
  • Negeri Sembilan – 79 (229,693)
  • Pahang – 74 (181,758)
  • Melaka – 140 (142,827)
  • Terengganu – 33 (132,352)
  • Putrajaya – 45 (31,549)
  • Labuan – 11 (22,813)
  • Perlis – 5 (18,858).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok