Enam menyamar pegawai Imigresen samun warga asing ditahan

June 17, 2022 · Isu semasa

Enam individu tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun dan menyamar sebagai penjawat awam di sekitar ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata kesemua mereka yang ditahan, terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun serta disyaki menyamar sebagai pegawai imigresen.

Beliau berkata penahanan mereka ini dipercayai mempunyai kaitan dengan satu laporan polis mengenai kejadian samun membabitkan mangsa, dua lelaki warga asing yang mengalami kerugian telefon bimbit dan wang tunai anggaran RM300.

“Hasil risikan, sepasukan polis dari Balai Polis Salak Selatan bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, telah membuat tangkapan terhadap satu lelaki warga tempatan pada kira-kira 10 pagi itu.

Hasil daripada tangkapan pertama telah membawa kepada penahanan susulan iaitu tiga lelaki dan dua wanita tempatan serta rampasan terhadap pelbagai alatan dan barang kes yang, dipercayai hasil dari kegiatan samun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara barangan yang dirampas adalah lapan telefon bimbit, dua parang panjang anggaran 60 sentimeter, lima komputer riba, dua senjata menyerupai pistol dan lain-lain barangan berharga.

“Turut dirampas adalah ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 32.4 gram dan pil disyaki dadah jenis Erimin 5 anggaran berat 0.7 gram.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan serta permohonan reman,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Penganggur terdengar ‘bisikan’ suruh tikam ibu
July 5, 2022· Isu semasa
Tiga sekeluarga termasuk wanita hamil dikhuatiri hilang di Baling
July 5, 2022· Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Lebih 20,000 pendatang tanpa izin pulang secara sukarela
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
30 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
41 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
1 jam lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
2 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok