Enam mangsa nahas LRT kritikal

Mangsa yang cedera dalam nahas LRT RapidKL di ibu negara pada 24 Mei 2021 lalu diberi rawatan awal di stesen KLCC sebelum dibawa ke hospital.

Enam daripada 64 mangsa nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara malam tadi dilaporkan berada dalam keadaan tenat.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya pagi ini memaklumkan tiga daripada enam mangsa itu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Perkembangan terbaharu, enam kritikal dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan, 15 separuh kritikal dan 43 lagi tidak kritikal.

“Terima kasih kepada semua petugas Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur yang bertungkus lumus sehingga jam 1.30 pagi,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca nahas.

“Indiden pelanggaran koc yang berlaku itu mesti disiasat secara terperinci puncanya, dan meneliti jika ada kecuaian terutama di menawa kawalan. Keselamatan orang awam mesti diutamakan,” katanya.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat pelbagai kemungkinan nahas membabitkan dua tren LRT RapidKL yang bertembung kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komosioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010 kerana menyebabkan kecederaan ramai dan kerosakan kepentingan awam.

Katanya, kesemua mangsa terlibat terdiri 36 wanita dan 29 lelaki.

Kedua-dua tren bergerak dengan kelajuan sekitar 40 kilometer sejam ketika bertembung.

Tren yang membawa 213 penumpang ke Gombak dipandu secara automatik, sementara tren rosak pula dari Stesen Kampung Baru ke Gombak ialah tren kosong yang dalam ujian dan hanya ada pemandu.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021