Enam kontraktor palsu akaun bank syarikat didenda RM50,000

May 24, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini mendenda enam kontraktor selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan penyata akaun bank syarikat untuk melayakkan mereka mendapatkan tender pembersihan awam pada 2019.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulhilmi Abdul Jabar, 43; Mohd Yusrizal Ismail, 43; Muhamad Hairi Md Ismail, 38; Ranzi Halim, 51; Muhammad Amir Che Azib, 36; dan Badaruddin Mohamad, 40.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 masing-masing terhadap semua tertuduh itu dan sekiranya gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara enam bulan, lapor Bernama.

Kesemua tertuduh masing-masing mempunyai satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan itu, kesemua mereka masing-masing dituduh dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu penyata akaun bank syarikat bagi bulan Oktober, November dan Disember 2018 dalam permohonan tender Penswastaan ​​Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Mereka didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu dan kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Wisma Idaman, Environment Idaman (Kedah&Perlis) di sini antara 1 hingga 22 Jan 2019.

Keenam-enam mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur manakala Zulhilmi, Mohd Yusrizal dan Muhammad Amir diwakili Peguam Intan Nursyafina Baharudin dan Peguam Syed Fakhruzzaman Syed Mansor mewakili Muhamad Hairi, Ranzi dan Badaruddin.

Semua tertuduh kemudian membayar denda masing-masing.

Berita berkaitan
Mahkamah tolak permohonan Zahid halang kenyataan Dr M terhadapnya
4 jam lalu· Politik
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
July 4, 2022· Politik
Penganggur didakwa bunuh teman wanita berusia 16 tahun
July 4, 2022· Isu semasa
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit susut berbanding dolar AS
21 minit lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
3 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter
4 jam lalu · Isu semasa
MB Johor beri keterangan kepada PAC berhubung isu tanah MINDEF
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
8 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok