Enam kluster pendidikan dikesan

February 23, 2022 · Isu semasa

Sebanyak enam lagi kluster baharu Covid-19 berkaitan pendidikan dikesan dalam tempoh 24 jam semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi.

Sementara dua kluster lagi melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster tempat kerja yang dikesan di Melaka Tengah melibatkan 39 jangkitan.

Kluster kumpulan berisiko tinggi itu dilaporkan di Kulai, Johor membabitkan enam kes, dan satu lagi di Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan sembilan jangkitan.

Sementara itu, Kelantan mencatat dua kluster pendidikan iaitu masing-masing Kluster Lorong Bunut Susu di Pasir Mas melibatkan enam kes, dan Kluster Kampung Kolam di Bachok, dengan 19 jangkitan.

Satu kluster pendidikan dilaporkan di Kuala Lumpur iaitu Kluster Empat Jalan Yaacob Latif di Cheras dengan sembilan kes; diikuti Kluster Jalan Parit Tanjung Belanja di Perak Tengah, Perak (13 kes).

Kluster Pendidikan Kuala Tongod di Sabah pula melibatkan 68 kes, manakala Kluster Jalan Tiong Mas di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang membabitkan sebanyak 39 kes.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kluster pendidikan Covid-19 dilihat meningkat dengan ketara pada Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.

Beliau berkata setakat ini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) mencatatkan 367 kluster pendidikan sejak 1 Januari hingga 19 Februari lepas, dan daripada jumlah itu 346 kluster masih aktif manakala 21 kluster telah tamat.

Walaupun terdapat trend penurunan kluster pendidikan pada ME 5/2022 disebabkan cuti sambutan Tahun Baru Cina, namun trend ini dilihat kembali meningkat pada ME 6/2022 dan ME 7/2022 berkadaran dengan peningkatan kes yang ketara di seluruh negara, katanya.

Menurutnya negeri yang merekodkan kluster pendidikan paling tinggi ialah Kelantan (54 kluster), diikuti Selangor (49 kluster), Pahang (38 kluster), Kuala Lumpur (37 kluster), dan Sabah (34 kluster).

Berita berkaitan
KPM jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang, kata Radzi
September 24, 2022· Isu semasa
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
60 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
1 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
1 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok