Enam kluster baharu pendidikan dikesan di lima negeri semalam

February 8, 2022 · Isu semasa

Enam daripada 10 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam semalam melibatkan kluster pendidikan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini

Menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi, KKM memaklumkan semua kluster pendidikan itu dikesan di Kedah, Kuala Lumpur, Sabah, Negeri Sembilan, dan Pahang.

Kedah mencatat dua kluster baharu pendidikan, masing-masing Kluster Dah Lebuh Taman yang melibatkan tiga daerah iaitu Kulim, Baling dan Kuala Muda, membabitkan 39 kes positif; dan Kluster Dah Jalan Pegawai di Kulim dengan 41 jangkitan.

Sehingga semalam, sebanyak 27 kluster pendidikan yang dikesan sejak 11 Januari 2022 lalu, masih aktif.

Kluster pendidikan di Kuala Lumpur ialah Kluster Taman Koperasi 2, di Kepong melibatkan 10 jangkitan, manakala di Negeri Sembilan, Kluster Jalan Dato Kelana Maamor membabitkan Seremban dan Port Dickson dengan 13 kes.

Di Sabah pula melibatkan Kluster Jalan Pintas Sembulan di Kota Kinabalu dengan 18 kes positif, dan Kluster Chatin di Temerloh, Pahang membabitkan 12 jangkitan.

Tiga kluster tempat kerja turut dikesan di Kunak, Sabah melibatkan 20 kes; Kota Bharu, Kelantan (30 kes); dan Johor Bahru, Johor (10 kes).

Satu kluster komuniti turut dilaporkan di Machang, Kelantan melibatkan 10 kes positif Covid-19.

Sehingga semalam sebanyak 366 daripada 6,509 kluster Covid-19 yang dikesan di negara ini, masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan.

Berita berkaitan
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
7 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
14 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok