Enam guru di Mentakab positif Covid-19, sekolah ditutup

December 3, 2021 · Isu semasa

Enam guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hwa Lian di, Mentakab, Pahang disahkan positif Covid-19 dan langkah penutupan sekolah terpaksa diambil dengan serta-merta.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Pengerusi Pengelola SMJK Hwa Lian, Datuk Hiang Ah Lee berkata, penutupan sekolah sehingga Khamis depan itu dibuat bagi mengelak penularan pandemik berkenaan dikalangan pelajar tersebut.

“Setakat semalam tiada lagi pelajar yang direkodkan positif Covid-19 dan kita meminta mana-mana individu yang bergejala supaya melakukan ujian calitan Covid-19 dengan segera.

“Sekolah ditutup sehingga Khamis depan dan sanitasi juga dibuat di seluruh kawasan sekolah,” katanya di sini hari ini.

SMJKC Hwa Lian yang terletak di Mentakab di sini mempunyai lebih 800 orang pelajar yang telah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.

Menurut Ah Lee, dalam tempoh penutupan sekolah kesemua pelajar akan mengikuti kelas melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok