Enam dilantik ahli panel pemantau bebas SPRM

May 30, 2022 · Isu semasa

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik enam individu sebagai ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh dua tahun.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata lima daripada mereka dilantik sebagai ahli Panel Penilaian Operasi (PPO), dan seorang lagi ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) baharu.

“Enam individu telah dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri sebagai ahli panel badan pemantau bebas SPRM bagi tempoh dua tahun.

“Lima daripada mereka dilantik sebagai ahli PPO yang merupakan lantikan semula manakala seorang lagi sebagai ahli PPPR baharu bagi menggantikan seorang ahli panel bebas tersebut yang meletak jawatan pada Disember tahun lalu.

“Kesemua individu yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar dari pelbagai bidang untuk mewakili masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM,” kata SPRM.

SPRM berkata tempoh pelantikan ahli PPO dan PPPR berkuat kuasa mulai 1 April 2022 hingga 31 Mac 2024.

Ahli-ahli PPO terdiri daripada:

Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)
Mantan Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara;

Datuk Mohd Faudzi Hj Che Mamat (Ahli)
Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan;

Datuk Abdul Manap Dim (Ahli)
Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri;

Datuk Azimah Abd Hamid (Ahli)
Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia; dan

Dr Mazlan Ahmad (Ahli)
Mantan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia.

Ahli terbaru PPPR ialah:

Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (Ahli)
Naib Pengerusi Eksekutif, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)

Menurut kenyataan itu, surat cara pelantikan PPO dan PPPR telah disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Berita berkaitan
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Puad bidas Annuar tular dan kongsi sidang media Tajuddin
June 28, 2022· Politik
Keputusan kes rasuah bekas Exco Johor ditangguh 7 Ogos
June 26, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok