Empat sekeluarga maut dalam perjalanan sambut hari jadi atuk

November 13, 2022 · Isu semasa

Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam, Machap di Alor Gajah, Melaka, pagi tadi (Ahad, 13 November 2022).

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi, Ibrahim Daud, 71; isterinya Latipah Dorahim, 66; menantu Syazana Tharin, 30; serta cucu, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, 5, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dalam perjalanan ke Langkawi untuk meraikan ulang tahun kelahiran Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila sebuah lagi kereta terlibat jenis Toyota Land Cruiser cuba keluar daripada simpang untuk membelok ke kanan sebelum hampir melanggar Toyota Estima yang sedang meneruskan perjalanan.

“Pemandu MPV, Muhammad Izwan Ibrahim, 30, yang sedang meneruskan perjalanan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter tetapi melanggar juga Land Cruiser di bahagian kiri hadapan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa lelaki warga emas meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini menurut Awani.

Mengulas lanjut beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan Ismail meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri, menantu dan seorang cucunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.

“Pemandu Land Cruiser turut ditahan jam 11 pagi tadi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Jumlah mangsa banjir Melaka turun 170 orang, 2 sungai di paras bahaya
October 28, 2022· Isu semasa
Helikopter bawa staf KKM terhempas di Brinchang, 6 terselamat
October 26, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Alor Gajah meningkat, ramalan Mat Maslan meleset
October 25, 2022· Isu semasa
PRU-15: Mungkin malas nak mengundi, Mat Maslan ramal 75 peratus keluar
October 19, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
17 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
5 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok