Empat pihak bantah peguam UK wakili Najib dalam rayuan kes SRC

June 16, 2022 · Isu semasa

Empat pihak dilaporkan membantah permohonan peguam United Kingdom (UK), Queen’s Counsel (QC) Jonathan James Laidlaw untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berkaitan kes SRC International (SRC).

Memetik laporan MalayMail, empat respondan berkenaan ialah pihak pendakwaan kes SRC, peguam negara, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.

Mereka dilaporkan berunding dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan peguam Laidlaw, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, hari ini berhubung permohonan QC berpangkalan dari London itu.

Susulan itu, Ahmad Kamal menetapkan 6 Julai sebagai tarikh perbicaraan bagi mendengar permohonan Laidlaw bagi dibenar menjalankan amalan guaman di Malaysia mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Pada 31 Mei, Laidlaw memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk diterima di bawah Seksyen 18(1) Akta Profesion Undang-undang 1976 untuk menjalankan amalan di Malaysia kerana Najib mahu mengupahnya untuk rayuan akhir kes SRC di Mahkamah Persekutuan, dengan mendakwa “memiliki kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak ada” dalam kalangan peguam di Malaysia.

Permohonan Laidlaw bagaimanapun perlu dirujuk kepada beberapa pihak lain, termasuk peguam negara dan Majlis Peguam.

Seksyen 18 (1) itu menyatakan – walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Mahkamah boleh, bagi maksud mana-mana satu kes dan tertakluk kepada subseksyen yang berikut, menerima masuk seseorang untuk menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara yang, jika dia seorang warganegara Malaysia, atau seorang pemastautin tetap di Malaysia, dia layak diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi dan tiada seorang pun boleh diterima masuk untuk menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen ini melainkan jika:

(a) bagi maksud kes yang tertentu itu dia mempunyai, pada pendapat Mahkamah, kelayakan khas atau pengalaman daripada jenis yang tidak boleh didapati daripada kalangan peguam bela dan peguam cara di Malaysia; dan

(b) dia telah diarahkan oleh seorang peguam bela dan peguam cara di Malaysia.

Bagaimanapun, Seksyen 18(3) akta berkenaan mewajibkan mahkamah mengambil kira pandangan “Peguam Negara, Lembaga, Setiausaha Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri di negeri di mana kausa atau perkara itu hendak didengar, bagi mendengar bantahan mereka.

Pengurusan kes di hadapan Ahmad Kamal hari ini dibuat selepas permohonan Laidlaw dipindahkan ke mahkamahnya, susulan keputusan seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh secara sukarela menarik dirinya mendengar permohonan itu.

Walaupun tiada bantahan dibangkitkan terhadapnya untuk mendengar kes itu, Wan Ahmad Farid berkata beliau menarik diri untuk mengelak sebarang kritikan yang tidak perlu terhadap badan kehakiman, kerana salah seorang ahli keluarganya adalah ketua bahagian UMNO.

“Saya ingin nyatakan bahawa seorang ahli keluarga terdekat saya adalah ahli politik yang aktif serta ketua bahagian parti politik yang sama dengan perayu (Najib).

“Saya akan mengundang kritikan tidak perlu yang akan menjejaskan integriti badan kehakiman.

“Atas sebab-sebab yang dinyatakan sebelum ini, walaupun tiada permintaan dibuat oleh mana-mana pihak di sini, saya menarik diri daripada mendengar usul pemula ini,” kata Wan Ahmad Farid.

Mengikut Wikipedia, Wan Ahmad Farid adalah bekas ahli politik UMNO dari Terengganu. Beliau dilantik sebagai Senator dan kemudian Timbalan Menteri Dalam Negeri pada Mac 2008, selain menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 2009.

Berita berkaitan: Mahkamah pernah tolak peguam diraja wakili perayu: Bagaimana nasib Najib? 

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
July 2, 2022· Politik
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
July 1, 2022· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok