Empat pemandu guna lorong kecemasan ‘serah diri’ kepada polis

Susulan tular dalam media sosial menunjukkan beberapa kenderaan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong, empat individu telah menyerah diri di di Balai Polis Trafik Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata ketiga-tiganya berusia antara 36 dan 57 tahun menyerah diri bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, terbaharu seorang lelaki berusia 55 tahun yang bertugas sebagai penolong pengarah sebuah majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, turut ‘menyedah diri’ bagi membantu siasatan.

Katanya, salah seorang daripada pemandu terbabit ialah akauntan pihak berkuasa tempatan, selain pemandu lori dan jurujual.

“Pihak polis masih lagi mengesan enam pemandu dan pemilik kenderaan yang terlibat dalam menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan dalam kejadian berkenaan.

“Ketiga-tiga yang hadir semalam adalah pemandu Proton Wira, Perodua Myvi, Proton Gen-2, dan Proton Iswara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu rakaman video di Facebook yang merakam sembilan kenderaan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan di Jalan Sunggala – Sua Betong pada 12 Disember lalu.

Aidi Sham berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

BERITA BERKAIT
POPULAR