Empat negeri di luar Lembah Klang catat lonjakan kes baharu

July 30, 2021 · Isu semasa

Empat negeri di luar ‘kawasan panas’ Lembah Klang merekodkan lonjakan mendadak jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, Kedah merekodkan lonjakan tertinggi dengan jangkitan baharu meningkat kepada 1,281 kes berbanding 1,212 semalam, manakala Sabah turut mencatat kenaikan kepada 1,066 kes berbanding 776 kes semalam.

Kes di Negeri Sembilan kembali melonjak kepada 1,079 berbanding 884 kes yang dicatatkan semalam, manakala Johor juga merekodkan 1,104 kes berbanding 1,054 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam, 16,840 kes baharu dilaporkan di seluruh negara menjadikan keseluruhannya 1,095,486 kes kumulatif sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.

Beliau berkata Selangor, walaupun mengalami penurunan jangkitan dalam tempoh itu, kekal tertinggi dengan mencatatkan 6,092 kes berbanding 7,163 semalam, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut merekodkan penurunan daripada 2,138 semalam kepada 2,114 kes hari ini.

Mengikut data itu sembilan negeri mencatatkan peningkatan kes. Perlis turut mencatatkan kes 13 kes berbanding 10 jangkitan semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok