Empat negeri catat peningkatan jumlah mangsa banjir petang ini

January 2, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Johor, Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini, Negeri Sembilan semakin berkurangan manakala Terengganu kekal, menurut laporan terkini Bernama.

Kelantan yang dilanda banjir sejak 18 Dis lepas pula pulih sepenuhnya daripada bencana itu petang tadi.

Di SABAH, jumlah mangsa terjejas banjir di Pitas meningkat kepada kepada 1,249 orang daripada 432 keluarga petang ini berbanding 1,161 orang daripada 399 keluarga, tengah hari tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan satu PPS dibuka di Pitas menempatkan 36 orang daripada 10 keluarga manakala Kota Marudu kekal daerah teramai mangsa banjir dengan 1,019 orang daripada 376 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Sebanyak tiga PPS dibuka di Telupid yang menempatkan 43 orang daripada lapan keluarga manakala dua PPS di Paitan menempatkan 52 orang daripada 13 keluarga.

Satu PPS turut dibuka di Beluran yang menempatkan 38 orang daripada lapan keluarga dan satu PPS di Sandakan menempatkan 61 orang daripada 17 keluarga.

Sekretariat itu memaklumkan 21 kawasan di Pitas terputus hubungan dan tiga kawasan terjejas manakala Kota Marudu menjadi daerah paling banyak kawasan terjejas iaitu 30 kawasan, Telupid (16), Paitan (23) dan masing-masing satu kawasan di Sandakan serta Beluran.

Di JOHOR, mangsa banjir di Segamat, Tangkak dan Kota Tinggi meningkat kepada 2,022 orang setakat 4 petang berbanding 1,827 orang tengah hari tadi dengan 37 PPS dibuka di tiga daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata Segamat terus mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 1,950 orang daripada 491 keluarga di 31 kampung, tiga kawasan perumahan dan kawasan sekitar.

“Mangsa banjir di Tangkak adalah 40 orang daripada 10 keluarga di Kampung Sri Makmur manakala Kota Tinggi seramai 32 orang daripada 11 keluarga di Kampung Bukit Raja Darat, Pengerang dan Kampung Baru Mawai,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi laman web publicinfobanjir, empat sungai kini melepasi paras bahaya setakat 4.15 petang iaitu Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak di paras 4.4 meter; Sungai Segamat di Bandar Segamat di paras 9.18m; Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat di paras 9.33m manakala Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat di paras 6.06m.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,661 orang daripada 429 keluarga petang ini berbanding 1,225 orang daripada 313 keluarga pada 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan empat kawasan di Jasin.

“Seramai 720 orang daripada 195 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Alor Gajah, 868 orang daripada 217 keluarga di tujuh PPS di Melaka Tengah serta 73 orang daripada 17 keluarga di dua PPS di Jasin,” katanya dalam kenyataan.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan jumlah mangsa banjir petang ini ialah seramai 2,058 orang dengan 48 PPS beroperasi di lapan daerah.

Daripada jumlah itu, 995 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua di Raub, Lipis, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin manakala bakinya merupakan mangsa banjir besar yang berlaku pada pertengahan Disember lepas di Temerloh dan Pekan.

Tujuh jalan ditutup iaitu di Jalan Sungai Lembing dan Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Bukit Gambang Resort kedua-duanya di Kuantan, selain Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan), Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut) dan Jalan Temerloh-Jerantut serta Jalan Paya Luas-Perlok di Temerloh.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 42 keluarga petang ini di dua PPS di Dungun.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor menempatkan 68 orang daripada 20 keluarga manakala Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 69 orang daripada 22 keluarga.

“Walaupun banjir sudah surut, kesemua mangsa masih belum dibenarkan pulang ketika ini. Jika cuaca bertambah baik, kita jangka mereka boleh pulang ke rumah tengah hari esok,” katanya.

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan jumlah mangsa banjir membabitkan 19 PPS di negeri ini menurun kepada 1,973 orang daripada 532 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 2,166 orang daripada 555 keluarga, 12 tengah hari tadi.

Sementara itu di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata tiga PPS di Kuala Krai dan Jeli ditutup secara berperingkat hari ini berikutan cuaca bertambah baik.

“Alhamdulillah, dua PPS di Kuala Krai dan satu di Jeli telah ditutup sepenuhnya. Seramai 255 orang daripada 94 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok