Empat maut kereta rempuh treler

September 18, 2022 · Isu semasa

Empat sekeluarga maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam nahas dengan sebuah treler di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, di Kluang, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.35 pagi ketika Toyota Corolla dinaiki empat sekeluarga itu dikatakan dari arah Melaka menuju Johor.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata wanita berusia lingkungan 50-an itu, Hong May Yin, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

Terdahulu, May Hin dilaporkan parah selepas kereta jenis Toyota Corolla dinaikinya bersama tiga anggota keluarga yang lain merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian kira-kira jam 6.35 pagi.

Tiga anggota keluarganya iaitu Goh Tiong Seng, berusia lingkungan 50-an yang memandu kereta terbabit, selain penumpang belakang, iaitu Goh Pei Chiew dan Goh Xuan Ting, masing-masing berusia lingkungan 20-an disahkan maut di lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Abd Rahim Razali, kejadian berlaku apabila Toyota Corolla terbabit merempuh belakang treler yang sedang memperlahankan kelajuan susulan kemalangan berasingan yang berlaku di hadapan membabitkan Perodua Myvi, sebuah van dan dua motosikal.

“Tiga mangsa berusia 18, 22 dan 51 tahun disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian, manakala seorang lagi iaitu wanita berusia lingkungan 40-an parah,” katanya.

Mengulas satu kemalangan membabitkan berhampiran lokasi itu, beliau berkata sebuah Perodua Myvi dikatakan cuba mengelak lopak air sebelum berpusing akibat hujan lebat.

Ketika itu, katanya sebuah van dan sebuah motosikal gagal mengelak sebelum merempuh Perodua Myvi terbabit.

“Pemandu Perodua Myvi cedera, manakala pemandu van dan penunggang motosikal selamat,” katanya.

Selain BBP Renggam, operasi turut dibantu anggota dan pegawai BBP Ayer Hitam.

Berita berkaitan
Bayi termasuk empat individu maut dalam kemalangan di Kemaman
April 24, 2023· Isu semasa
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023· Isu semasa
Pamer cukai jalan di cermin kereta persendirian tak perlu lagi, umum Menteri
February 10, 2023· Isu semasa
Ini fitnah apa pula, soal Radzi berhubung isu kemudahan kereta bekas menteri
January 6, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
10 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok