Empat lagi mayat mangsa banjir ditemukan di Shah Alam: Polis

Pasukan pencari dan penyelamat menemukan empat lagi mayat dipercayai mangsa banjir di sekitar Seksyen 25 Taman Sri Muda di Shah Alam, hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib malam ini, mangsa adalah dua lelaki dan dua wanita manakala bangsa atau warganegara mereka belum dikenal pasti.

“Pertambahan empat kematian hari ini menjadikan jumlah terkini korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang iaitu tujuh lelaki dan lima wanita.

“Semua mangsa di hantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut kematian mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Baharudin berkata seramai 31 orang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam susulan kejadian pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan berkenaan, semalam.

Katanya, individu yang ditahan adalah 10 warganegara Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir tidak mengambil tindakan menyalahi undang-undang,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR