Empat lagi kluster pendidikan dikesan di tiga negeri semalam

Empat lagi kluster pendidikan Covid-19, dua berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kumpulab berisiko tinggi serta komuniti dikesan dalam tempoh 24 jam semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), empat kluster pendidikan itu dilaporkan Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Pahang, manakala kluster tempat kerja di Kedah serta Johor.

Kluster kumpulan berisiko tinggi juga dilaporkan di Johor, manakala kluster komuniti di Pahang.

Di Pulau Pinang, dua kluster pendidikan dilaporkan ialah Kluster Jalan Pekan Darat di Seberang Perai Utara membabitkan sembilan kes, dan Kluster Jalan Damai Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah (31 kes).

Kluster pendidikan di Negeri Sembilan membabitkan Kluster Jalan Idaman Villa di Seremban sebanyak 15 kes, manakala Kluster Kuala Kerdau, Temerloh, Pahang melibatkan 20 kes.

Kluster tempat kerja iaitu Kluster Dah Lapan Industri Kulim melibatkan daerah Kulim, Baling, Kuala Muda serta Kubang Pasu, membabitkan 74 kes, manakala Kluster Tanjung Sembrong 2, Batu Pahat, Johor (26 kes).

Kluster kumpulan berisiko tinggi pula membabitkan Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan 2, Johor Bahru melibatkan sembilan kes, dan Kluster Lorong Permai Kanan (komuniti) di Rompin dengan 16 kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR