Empat duta terima watikah Agong, lantikan Tajuddin jadi tanda tanya

July 12, 2022 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, lapor Bernama.

Hadir sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Amran Mohamed Zin.

Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Lim Juay Jin; Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar.

Hadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Amran Mohamed Zin.

Bagaimanapun, nama Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak ada dalam kalangan penerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan Malaysia keluar negara.

Perkembangan ini menimbulkan terus menjadi tanda tanya mengenai pemilihan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang telah diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan berhubung status Tajuddin.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Balas balik jasa Zahid, kata Nur Jazlan kepada PH
November 28, 2022· Politik
Bekerjasama dengan DAP bermakna UMNO sudah menipu orang Melayu, kata Tun Abdul Hamid
November 25, 2022· Politik
Kenapa MT UMNO tak sentuh berhubung SD dihantar ke Istana Negara?
November 24, 2022· Politik
Kronologi serahan SD ke Istana Negara, pakatan Anwar dan Zahid yang gagal
November 23, 2022· Politik
Popular
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
Bon Odori boleh jerumuskan kepada amalan syirik: Mufti Pulau Pinang
June 8, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
15 jam lalu · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
21 jam lalu · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok