Empat Datuk antara 8 ditahan kes tipu pindah milik tanah RM100 juta

August 25, 2022 · Isu semasa

Empat individu bergelar Datuk antara lapan lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah, milik sebuah badan berkanun seluas 1,699.68 hektar bernilai lebih RM100 juta di Kluang, 28 tahun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata seorang daripada mereka ditahan di Johor, manakala tujuh lagi ditahan di Kuala Lumpur dan Selangor ketika mereka hadir memberi keterangan antara jam 3 petang hingga 8 malam semalam (24 Ogos 2022).

“Kesemua yang berusia antara 46 hingga 75 tahun berperanan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan pegawai pejabat tanah yang bertanggungjawab ketika itu,” katanya menurut Bernama.

Menurut Kamarul Zaman, pihaknya menerima laporan daripada seorang penolong pegawai tanah di agensi badan berkanun berkenaan pada Januari lepas yang mengesan pindah milik tanah itu pada pertengahan tahun lepas.

Beliau berkata pengadu mendakwa tiga lot tanah milik agensi itu telah dipindah milik kepada sebuah syarikat persendirian tanpa pengetahuan dan kebenaran agensi itu.

Kamarul Zaman berkata tiga lot tanah terbabit sebelum itu dianugerahkan kerajaan negeri kepada agensi berkenaan pada 1987 dengan nilai RM1.47 juta.

“Siasatan mendapati sebelum tanah terlibat dipindah milik ke syarikat berkenaan, tanah tersebut telah dipajak kepada sebuah koperasi pada 1994. Urusan pindah milik tersebut hanya dikesan berlaku pada pertengahan tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata setakat ini seramai 28 saksi terdiri daripada pengarah syarikat, setiausaha syarikat, peguam, pelikuidasi, pegawai pejabat tanah dan galian negeri dan pegawai agensi badan berkanun berkenaan telah dipanggil memberi keterangan kepada pasukan siasatan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka diberi jaminan polis selama sebulan sementara kertas siasatan disiapkan serta dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
23 jam lalu· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok