Empat blok kondominium Seri Duta 1 berdepan ancaman tanah runtuh

December 28, 2021 · Isu semasa

Penduduk di empat blok kondominium di kompleks Seri Duta 1 Kuala Lumpur telah diarahkan berpindah, kerana kawasan itu diisytiharkan tidak selamat akibat tanah runtuh susulan hujan lebat pada 18 Disember lalu.

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan satu blok kediaman di kompleks itu yang terletak di lereng bukit, berada dalam keadaan bahaya sekiranya tanah menggelongsor.

Kecacatan pada struktur tanah dan bangunan itu dikesan ketika Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) melakukan pemeriksaan ke atas bangunan itu, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Terdapat juga risiko tanah runtuh yang lebih kritikal di kawasan itu. Terdapat tanda-tanda pergerakan tanah yang boleh menjejaskan lagi struktur. Antaranya ialah tiang penyokong yang pecah, serta rekahan di atas dan bawah lantai bangunan,” kata DBKL dalam satu kenyataan pada Isnin.

DBKL berkata, empat blok kondominium terbabit terdiri daripada 34 unit kediaman dan penghuninya telah diarah keluar.

Kawasan itu terdiri daripada 14 blok, dengan setiap blok mempunyai antara tiga dan enam tingkat.

“Pihak Badan Pengurusan Bersama telah mengosongkan unit-unit penduduk yang terkesan sebagai tindakan awalan bagi menghalang hakisan yang berterusan dan boleh menyebabkan pergerakan kepada pilecap.

“Kerja-kerja pemulihan cerun dan bangunan di dalam kawasan pemaju akan dilakukan dengan kadar segera dan akan disemak oleh DBKL dan IKRAM,” kata DBKL.

Menurutnya pada masa sama IKRAM juga sedang memantau pergerakan tanah dan bangunan secara dekat.

Semalam, kira-kira 128 penghuni asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak diarah mengosongkan bangunan asrama itu selepas satu kejadian mendapan jalan serta tanah runtuh dikesan berhampiran dengan bangunan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya bergegas ke lokasi untuk membuat pemantauan selepas menerima laporan pada kira-kira pukul 9 malam tadi mengenai kejadian itu.

Beliau berkata kejadian dikesan berlaku kira-kira pukul 6.45 petang semalam berikutan aduan pelajar di kawasan berkenaan, dan tinjauan mendapati keluasan mendapan jalan adalah sekitar lima meter persegi melibatkan kedalaman kira-kira tiga meter. Berita berkaitan 

Berita berkaitan
Rasuah: SPRM minta rakaman CCTV pergerakan dua kereta menteri DAP
April 18, 2023· Isu semasa
‘Kami boleh dengar suara di bawah runtuhan pangsapuri 11 tingkat’
February 8, 2023· Dunia
Angka korban gempa bumi berkembar di Turkiye, Syria meningkat
February 7, 2023· Dunia
Najib yang juga bekas Presiden UMNO simpan RM160j di kondo
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok