Empat bahagian di Sarawak banjir, sekolah dimasuki air

October 10, 2022 · Isu semasa

Beberapa kawasan di empat bahagian negeri ini terjejas banjir setakat ini iaitu di Sibu, Miri, Bintulu dan Kapit, menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat jam 7 pagi tadi (10 Oktober 2022).

Kawasan terjejas di Sibu membabitkan Rumah Panjang (Rh) Joseph, kawasan pesisiran Jalan Salim, jalan utama Salim-Stabau, Lot 217 Jalan Stabau, Lot 211 Jalan Stabau, Rh Gerinsam, Kampung Kedada, Rh Pesisiran Sungai Assan, Kampung Kerto, Kampung Banyok, Jalan Lukut-Penyalau dan pasar Kanowit.

Di Miri pula membabitkan Kampung Subak, Kampung Tiris, Kampung Pintasan, Kampung Dagang dan Kampung Hunai di Daerah Bekenu.

Sementara itu, banjir di Bintulu menjejaskan setinggan Kampung Pisang, setinggan Rh Jarau, perumahan Sungai Plan Kidurong, Rh Banyang Batu 8 Jalan Bintulu-Miri, Sungai Sebatang di Jalan Kidurong dan Jalan Bintulu-Samalaju.

Kawasan terjejas di Kapit pula ialah Rh Philipmon di Nanga Bawai, Rh Umping di Lepong, Rh John Ramba di Sungai Sesibau, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ibun di Pila, Kampung Muhibah, SK Lepong di Baleh, Rh Austin Ekau Sipan, Kampung Alai, kawasan berek kerajaan, Rh Edwin Kebiau dan dermaga ekspres Song.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka di Kapit iaitu di Asrama Kementerian Pembangunan Sukan dan Urbanisasi (KPSU) bagi menempatkan 16 orang daripada tiga keluarga yang terjejas dari Rh John Ramba.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Cabaran rasuah siber menerusi wang kripto perlu segera ditangani
August 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok