Empat aplikasi mudahkan urusan jemaah haji di Tanah Suci

June 2, 2022 · Isu semasa

Mudah, penuh dengan maklumat dan mesra pengguna.

Itulah kelebihan bakal diperoleh apabila menggunakan empat aplikasi yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) ketika berada di Makkah iaitu THhujjaj, Hajjmobility, E-Taib dan E-bimbingan sempena musim Haji tahun ini.

Pengarah Operasi Bahagian Teknologi Maklumat Haji TH Shamsul Kamar Hussein Kamal berkata aplikasi itu bukan sahaja boleh menjadi saluran maklumat penting untuk petugas tetapi juga mampu menjadi rujukan kepada pelbagai persoalan bagi 14, 306 jemaah Malaysia.

Beliau berkata lebih menarik, pengguna mampu menguasainya dalam tempoh yang singkat meskipun warga emas serta mereka yang kurang cekap menggunakan teknologi.

“Sebenarnya terdapat peningkatan pemahaman tentang teknologi maklumat dalam kalangan warga emas sekarang ini tetapi bagi mereka yang ada masalah akan dibantu oleh petugas terutama ketika menggunakan THhujjaj.

“THhujjaj ini memang mudah digunakan… jemaah haji yang pertama kali pun tak perlu risau kerana ia sangat mudah dan semua isu berkaitan haji boleh diperoleh daripada aplikasi itu,” katanya kepada pemberita di Bangunan Al Jandriah di sini.

Shamsul Kamar juga berkata tempoh dua tahun tidak bertugas di Makkah akibat COVID-19 telah digunakan sebaiknya oleh pasukan teknologi maklumat TH untuk melakukan penambahbaikan sistem sedia ada malah berpeluang mencipta aplikasi baharu.

Mengakui peredaran teknologi yang semakin pantas, beliau berkata TH juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan penggunaan sistem terbaik dan terkini agar tidak membebankan jemaah haji kelak.

“Proses pembangunan digitalisasi dilakukan setelah TH melihat keperluan untuk memudahkan jemaah… kita mulakan THhujjaj ini dah lebih empat tahun termasuk mengkaji apa yang boleh ditambah baik dengan membuat pelbagai versi percubaan.

“Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dua tahun lepas ia telah siap tetapi tidak dapat dilakukan sesi ujian kerana sistem ini hanya boleh digunakan di Makkah,” katanya.

Shamsul Kamar berkata Hajjmobility pula akan membantu petugas memantau semua pergerakan jemaah terutama dalam menyusun pengangkutan dan penginapan malah sistem ini mampu mengurangkan kesilapan pengurusan ketika di Tanah Suci. – Bernama

Berita berkaitan
Tiada caj ujian Covid-19 bagi jemaah haji guna fasiliti KKM
June 2, 2022· Isu semasa
4 lapangan terbang khas untuk penerbangan haji disediakan
June 1, 2022· Dunia
Arab Saudi belum beri keputusan rayuan Malaysia tambah kuota haji
May 23, 2022· Isu semasa
Malaysia sudah mohon 5,000 tambahan kuota haji
May 16, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok