Elaun pelajar MARA naik: PM

September 10, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dalam dan luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata kadar baharu ESH bagi pelajar dalam negara dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan bagi bidang pengajian bermula daripada peringkat diploma sehingga doktor falsafah dan profesional.

Bagi pelajar luar negara pula, ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian ijazah sarjana muda sehingga peringkat doktor falsafah dan peringkat profesional.

Beliau berkata demikian pada Program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di German-Malaysia Institute di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kenaikan kadar ESH ini akan memberikan manfaat kepada 62,998 pelajar tajaan MARA di dalam dan luar negara.

“Saya kira langkah ini amat wajar dan bertepatan bagi membantu dan meringankan beban pelajar Keluarga Malaysia berikutan peningkatan perbelanjaan sara hidup yang dihadapi mereka.

“Kenaikan kadar ini membuktikan kerajaan dan MARA begitu prihatin serta serius dalam agenda pemerkasaan Bumiputera terutama kepada pelajar akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata, seluruh pelajar Keluarga Malaysia dalam dan luar negara diharapkan dapat merancang dan menguruskan dengan sebaik mungkin ESH yang disalurkan agar aspek pembelajaran di institusi masing-masing berjalan lancar.

Katanya, kadar ESH yang disediakan oleh MARA adalah untuk kegunaan pelajar bagi menampung perbelanjaan harian meliputi kos makan minum, sewaan kediaman, pengangkutan dan keperluan harian semasa pengajian.

“Kadar elaun sedia ada ini sudah diguna pakai melebihi 13 tahun dan terdapat keperluan untuk semakan semula.

“Berdasarkan laporan World Economic Outlook pada April 2022 oleh International Monetary Fund (IMF), pertumbuhan ekonomi global dijangka menurun kepada 3.3 peratus pada 2023,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
October 5, 2022· Politik
Nama Hadi tak dicadang sebagai calon PM, PAS nafi kenyataan palsu
October 5, 2022· Politik
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022· Politik
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?
October 3, 2022· Politik
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok