Elaun 14,000 petugas PICK naik kepada RM600 selama 6 bulan lagi

June 28, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) memperuntukkan RM1 bilion lagi bagi memperkemas dan memperkasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengumumkan pakej Pemulih bernilai RM150 bilion hari ini, beliau berkata RM400 juta diperuntukkan untuk menambah bekalan vaksin negara, sekali gus jumlah yang ditempah kerajaan cukup untuk menampung 130 peratus populasi rakyat berbanding 120 peratus sebelum ini.

“Penambahan bekalan vaksin ini antara lainnya adalah sebagai stok penimbal tambahan serta bertujuan memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun. Anak-anak yang bakal menduduki SPM tahun ini akan diutamakan,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan RM200 juta untuk membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu, menaik taraf PPV sedia ada, melaksana PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home-to-Home.

Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan bersetuju menyelaras kadar pembayaran elaun khas kepada 14,000 petugas barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam PICK daripada RM200 kepada RM600 selama enam bulan bermula Julai ini.

Beberapa hari lalu, beliau mengumumkan kenaikan bayaran sagu hati daripada RM50 kepada RM100 sehari kepada sukarelawan kesihatan yang bertugas melebihi 12 jam sehari bermula bulan ini, yang turut diperluas kepada mereka yang bertugas di lapangan selain PPV seperti di pusat kuarantin.

“Kedua-dua inisiatif ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak 200 juta ringgit. Peruntukan ini merupakan pengiktirafan berterusan kepada jasa dan sumbangan barisan hadapan kesihatan kita yang masih terus berjuang demi bangsa negara yang tercinta,” katanya.

Perdana Menteri juga memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi menjayakan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), dan mengurangkan beban syarikat.

“Sebagai galakan kepada syarikat dan industri untuk menggunakan premis mereka sebagai PPV dan menjalankan program imunisasi kepada pekerja, kerajaan akan menyediakan bekalan vaksin, manakala pihak syarikat atau kilang akan memudahcara urusan logistik yang berkaitan.

“Kerjasama ini penting untuk membolehkan kita mempertingkatkan kadar vaksinasi dengan segera supaya penularan berterusan di tempat-tempat kerja dapat diputuskan dan dikawal dengan lebih baik,” katanya.

Inisiatif lain di bawah PIKAS, termasuk:

  • Kerajaan bersetuju majikan yang berdaftar di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (atau HRD Corp), boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10 peratus bagi kos pengurusan dan pembelian vaksin Covid-19;
  • Kerajaan juga bersetuju untuk memberi potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan. Selain itu, potongan cukai ke atas sumbangan Covid-19 melalui projek komuniti atau amal juga diperluaskan meliputi sumbangan kepada PPV; dan
  • Kerajaan bersedia mempertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin.

Perdana Menteri berkata kerajaan setuju memberi subsidi sehingga RM30 atas kos tambang teksi dan e-hiling kepada golongan kelainan upaya dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji mereka.

Beliau berkata kerajaan yakin segala usaha yang dirancang bagi melandaikan keluk penularan Covid-19 di Malaysia berada pada landasan tepat apabila sehingga 26 Jun lalu sebanyak tujuh juta dos suntikan vaksin berjaya dibekalkan kepada rakyat merangkumi lima juta individu.

“Sebanyak 15.5 peratus telah menerima dos pertama dan hampir 2 juta orang atau 6 peratus telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Alhamdulillah, kita juga telah berjaya mengekalkan kadar pemberian vaksin secara purata melebihi 200,000 sehari dalam tempoh 7 hari lalu. Selain itu, seramai 16.3 juta orang telah berdaftar untuk mendapatkan bekalan vaksin setakat ini,” katanya sambil menegaskan kerajaan sentiasa memantau penularan varian baharu Covid-19, Delta Plus.

Berita berkaitan
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok