Elak terpedaya pakej ibadah korban palsu

June 15, 2022 · Isu semasa

Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian, lapor Bernama.

“Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.

Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan penyalahgunaan wang.

“Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan seperti ini,” katanya.

Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad Hafiz Hamidun berkata sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.

“Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.

“Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar.

“Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Memahami kontroversi skim insurans Selangor, apa yang perlu anda tahu
August 24, 2023· Politik
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Popular
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
14 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
15 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok