Elak melancong luar negara, beli barang tempatan kukuhkan ringgit

May 14, 2022 · Isu semasa

Penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berpotensi melonjakkan harga terutamanya barangan pengguna dan mentah yang diimport, sekali gus meningkatkan kos sara hidup rakyat , kata penganalisis.

Pada awal dagangan Isnin, ringgit berada pada 4.3745/3780 berbanding dolar AS daripada 4.3650/3680 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Justeru, pengguna dinasihatkan untuk mengawal perbelanjaan dengan mengutamakan pembelian produk buatan Malaysia serta mengehadkan kehendak melancong ke luar negara susulan senario kelemahan nilai ringgit yang berlaku ketika ini, demikian mengikut ahli ekonomi.

Secara umumnya, mereka berpendapat, kemerosotan nilai ringgit yang berlaku ketika ini perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan perkara itu menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berkata rakyat sememang sudah perlu merancang pembelian barangan import serta keinginan untuk melancong.

Beliau berkata, ini kerana dua perkara ini dijangka akan mengalami kenaikan kos yang mendadak.

“Justeru, perlu ada perancangan yang rapi supaya wang yang dibelanjakan menepati belanjawan dan tidak menjejaskan tahap kewangan seseorang itu,” katanya.

Beliau berkata, ia akan dapat dirasainya terutamanya pada barangan yang diimport.

“Cuma sama ada peniaga akan menaikkan harga mereka atau tidak, bergantung kepada keupayaan mereka untuk melakukan sedemikian.

“Tindakan menaikkan harga secara melulu juga boleh menjejaskan penguasaan pasaran mereka kerana pelanggan mungkin beralih arah kepada peniaga yang lebih kompetitif,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, dalam situasi kejatuhan ringgit ini, pengguna perlu merancang pembelian barangan import serta keinginan untuk melancong.

Beliau berkata, ini kerana dua perkara ini dijangka akan mengalami kenaikan kos.

Justeru itu katanya perlu ada perancangan yang rapi supaya wang yang dibelanjakan menepati belanjawan dan tidak menjejaskan tahap kewangan individu dan isi rumah.

Katanya, trend penurunan ringgit ini juga sukar diramal kerana ia bergantung kepada sentimen pasaran terutamanya jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah di AS, dasar Covid-19 di China serta kemelut antara Russia dan Ukraine.

“Ketiga-tiga faktor ini adalah faktor penentu pasaran kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada permintaan mata wang selamat atau ‘safe haven currencies’ seperti dolar AS.

“Namun orang ramai tidak perlu gusar kerana kemungkinan untuk ringgit kembali kukuh itu memang ada.

“Ini adalah kerana harga komoditi seperti minyak mentah, gas asli cecair (LNG) dan minyak kelapa sawit mentah bakal memanfaatkan ekonomi negara,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, selain itu, nilai ringgit yg kompetitif juga bakal menggalakkan sektor eksport dan kegiatan pelancongan.

Beliau berkata, ia akan menyebabkan lonjakan semula nilai ringgit pada masa akan datang walaupun sentimen pasaran sentiasa berubah dalam kadar yang cepat.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok