Elak jadi ‘geng plastik hitam’ ketika Ramadan

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tidak mahu isu ‘geng plastik hitam’ kembali berleluasa menjelang Ramadan ini sehingga boleh menjatuhkan maruah Islam itu sendiri.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin tidak mahu ‘geng plastik hitam’ menjadi perhatian setiap kali Ramadan tiba.

Beliau berkata, ‘geng plastik hitam’ ini bukan sahaja memalukan Islam, malah menjatuhkan imej Islam pada pandangan masyarakat bukan Islam.

“Geng plastik hitam ini adalah kegiatan membeli makanan di bulan puasa, untuk berbuka puasa. Perbuatan yang tidak elok.

“Ini satu perbuatan yang memalukan. Imej dia sebagai orang Islam di kalangan umat Islam dan yang paling memalukan ialah dia itu memalukan Islam pada pandangan orang bukan Islam,” katanya.

Mohd Yusop berkata, ‘geng plastik hitam’ ini telah menjatuhkan maruah Islam.

Katanya, JAIP telah mengenal pasti beberapa lokasi, terutama di bandar raya Ipoh, yang menjadi tumpuan ‘geng plastik hitam’.

BERITA BERKAIT
POPULAR