Elak individu positif terlepas masuk ke PPV, kata Khairy

July 12, 2021 · Isu semasa

Semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudah diarah melakukan pemeriksaan rapi di pintu masuk bagi mengelak individu berstatus tertentu seperti mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, memasuki pusat berkenaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata selain itu beberapa langkah segera termasuk sanitasi, pengasingan kontak rapat dan melakukan ujian ke atas petugas PPV turut dilakukan apabila individu positif dikesan memasuki PPV berkenaan.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai yang melakukan ujian Covid-19 untuk bertanggungjawab dan tidak hadir di PPV sama ada untuk memenuhi janji temu vaksinasi atau sebagai pengiring selagi mereka tidak mendapat keputusan ujian masing-masing.

“Orang ramai diseru untuk mengamalkan semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, terutamanya memastikan penjarakan fizikal di PPV yang mana amat penting dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai dakwaan kononnya ada penjualan slot janji temu vaksinasi sejak bulan lalu, beliau berkata Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Katanya, Jawatankuasa Integriti dan Siasatan juga ditubuhkan di bawah CITF dianggotai wakil CITF, PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM).

Selain itu, katanya, satu Garis Panduan Pemantauan Vaksin dan Penyediaan ‘Standby List’ dikuatkuasakan di PPV untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dalam pemberian vaksin.

“Beberapa tindakan telah dan akan terus diambil CITF untuk membendung isu tersebut daripada terus berlaku. Sebarang perkembangan terbaharu akan dimaklumkan kepada orang awam oleh pihak PDRM.

“Selain daripada memperkemaskan lagi pemantauan di PPV melalui garis panduan ini, keupayaan sistem di PPV terus dipertingkatkan melalui pengenalan dua faktor pengesahan bagi setiap penetapan janji temu dan penambahan bilangan penerima vaksin,” katanya.

Mengenai dakwaan ada vaksin yang kononnya sudah tamat tempoh Khairy berkata, tarikh luput vaksin dos kedua yang diberi dan tertera di MySejahtera individu tersebut sebenarnya merupakan tarikh luput vaksin yang diberikan untuk dos pertama.

“Kesilapan merekodkan data telah menyebabkan perkara ini berlaku dan tarikh luput vaksin yang sebenar akan dikemas kini ke dalam MySejahtera bagi individu yang terlibat,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok