Eksport semikonduktor ke Russia urusan perniagaan, tak libat kerajaan

May 7, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan Moscow berhubung penerbangan terus antara kedua-dua negara oleh syarikat penerbangan Russia, Aeroflot selain eksport semikonduktor dan elektronik ke negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, Malaysia terbuka kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di negara ini.

Pada masa sama eksport semikonduktor dan elektronik juga tidak melibatkan sebarang perbincangan atau hubungan antara kerajaan kedua-dua negara dan sebaliknya ia lebih kepada hubungan sektor perniagaan, lapor Bernama.

“Saya nak jelaskan ini kerana bimbang nanti ada mana-mana pihak yang salah faham dan kepentingan Malaysia mungkin terjejas,” katanya kepada media dalam satu temu bual di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal laporan Agensi Berita Sputnik pada penghujung April yang memetik Duta Malaysia ke Russia Datuk Bala Chandran Tharman sebagai berkata Aeroflot akan mengadakan penerbangan terus antara St Petersburg atau Moscow dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Dalam laporan itu, Bala Chandran juga dipetik berkata Malaysia akan mempertimbang peluang untuk menjual semikonduktor dan elektronik kepada Rusia selain institusi kewangan Malaysia sedang mengkaji sistem pemesejan kewangan Russia dengan terperinci dan bersedia menyertainya jika memenuhi beberapa kriteria.

Dalam temu bual yang diterbitkan pada 23 April dengan agensi berita Russia, RIA Novosti, Chandran menyatakan ‘kegembiraan’ mengenai keyakinan Russia terhadap potensi Malaysia untuk menjadi pembekal peralatan berteknologi tinggi.

Namun kenyataan beliau menjadikan Kuala Lumpur berisiko terperangkap dalam sekatan yang disokong Barat ke atas Russia susulan pencerobohan ke atas Ukraine.

Duta itu berkata Malaysia adalah salah satu pengeksport semikonduktor terbesar dunia dengan jumlah jualan tahunan sebanyak AS$8.7 bilion.

Berita berkaitan: Krisis Russia-Ukraine: Malaysia boleh dikena sekatan jika bantu Moscow 

Mengulas lanjut Saifuddin berkata pihaknya juga telah meneliti laporan berita itu dan mendapatkan maklum balas daripada Bala Chandran dan didapati ada perkara-perkara yang disebut dalam temu bual itu telah dipetik di luar konteks.

Berikutan laporan Sputnik itu, beberapa media asing melaporkan yang tindakan Malaysia itu membelakangkan sekatan ekonomi antarabangsa terhadap Russia kerana konfliknya dengan Ukraine.

Sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat khasnya turut melarang eksport semikonduktor ke Russia.

Berita berkaitan
Keadaan banjir semakin buruk, ada kanak-kanak lemas dan jalan ditutup
March 2, 2023· Isu semasa
Skor indeks rasuah merosot, TI-M beri bimbang Malaysia menuju ke ‘arah salah’
January 31, 2023· Isu semasa
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
Muhyiddin terima kunjungan Menteri Luar Singapura
January 16, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok