Eksport minyak masak polibeg dihentikan serta-merta: Annuar

July 25, 2022 · Isu semasa

Sebarang pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta-merta, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan minyak masak bersubsidi yang turut dijual dalam bentuk polibeg.

“Apabila ada pengeksport yang mengeksport minyak masak dalam bentuk yang hampir serupa, ia menimbulkan masalah kepada penguatkuasa.

“Maka, tidak akan dibenarkan lagi sebarang eksport minyak masak dalam bentuk polibeg… mesti dieksport dalam bentuk lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Annuar berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berunding dengan pihak-pihak berkaitan, terutamanya yang mengeluarkan lesen eksport minyak masak dalam bentuk polibeg.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata KPDNHEP akan menetapkan harga tersebut berdasarkan pelarasan bagi mengekalkan margin keuntungan tertentu dan memastikan tidak berlaku pengambilan untung berlebihan.

Terdahulu harga minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat, selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan kepada RM3,600 per tan minggu ini.

Sehubungan itu pengilang dan peniaga diminta untuk menurunkan harga minyak masak di dalam botol selaras dengan penurunan tersebut.

Bagaimanapun Annuar berkata, tinjauan ke dalam pasaran mendapati penurunan harga minyak masak tersebut agak perlahan.

“Kita dapati sebelum ini sewaktu minyak sawit naik peniaga telah naikkan harga mereka, apabila minyak masak turun, kita dapati penurunan harga agak perlahan, boleh saya katakan agak ‘liat’ untuk segerakan proses penurunan harga, walaupun mereka memberikan alasan masih menjual stok lama, tetapi kita rasakan alasan ini tidak adil,” katanya.

Justeru katanya kerajaan tidak boleh membiarkan industri berjalan dalam situasi yang tidak dikawal selia dengan baik, terutama setelah dua minggu ruang diberikan untuk pihak terbabit menurunkan harga.

“Ia memerlukan tanggungjawab dan kebersamaan. Soal kenaikan harga barang terutama yang membabitkan keperluan orang ramai jangan dipandang ringan, minyak masak sangat diperlukan seperti juga ayam, telur, beras dan sebagainya, oleh itu sebarang kenaikan harga tak boleh secara mengenakan margin keuntungan yang tinggi,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023· Politik
Isu harga ayam belum selesai, isu daging babi pula dibawa bincang ke Kabinet esok
January 3, 2023· Isu semasa
Kerajaan digesa siasat punca kenaikan harga konkrit dan simen
December 19, 2022· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
December 9, 2022· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
15 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok