Eksekutif syarikat kerugian RM300,000 ditipu Macau Scam

May 13, 2022 · Isu semasa

Seorang eksekutif syarikat di Nilai dekat sini kerugian RM335,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak insurans dan pegawai polis sejak September tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata wanita berusia 51 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada pihak insurans tersebut yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali, lapor Bernama.

Beliau berkata susulan itu, mangsa dikatakan menerima panggilan daripada seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Chong memberitahu bahawa dia mempunyai waran tangkap dan mangsa ada terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

“Kemudian wanita itu telah diminta untuk membuka akaun Bank Rakyat dan menyerahkan maklumat perbankan dalam talian kepada lelaki itu.

“Mangsa telah melakukan beberapa transaksi ke akaun Bank Rakyatnya itu membabitkan jumlah RM335,000. Maklumat akaun bank suspek tidak dapat dikenal pasti kerana semua wang dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aibee berkata mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok