Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos

October 4, 2022 · Isu semasa

Ejen kosmetik yang diculik di Tumpat, Kelantan, Rosnazirah Mohd Naim, 36, memberitahu dia disembunyikan di sebuah rumah seperti inap desa di satu kawasan di Laos, sebelum dibawa semula ke Thailand untuk dibebaskan.

Menceritakan secara ringkas kejadian itu, wanita yang juga dikenali sebagai Azi itu memberitahu ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari diculik untuk menaiki bot, beberapa saksi melihat kejadian itu tetapi mungkin mereka tidak tahu apa yang berlaku dan tidak ingin masuk campur.

“Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi tidak diketahui, tetapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos.

“Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya menurut BH.

“Setiap hari ketika dalam tahanan, saya berdoa supaya segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Alah.”

Rosnazirah, 36, yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke Malaysia Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarganya, petang semalam.

Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi penculikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, hari ini.

Menurutnya sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa supaya ditahan di mana-mana lokasi, tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi.

Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang menculiknya termasuk menjaga makan minumnya, namun pada masa sama berasa bimbang jika diapa-apakan.

“Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tetapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa saja,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar, selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih ‘panas’ disebabkan berita mengenai penculikannya tersebar luas.

Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada penculik itu memberitahunya ‘you back home’ dan Rosnazirah bertanya ‘when?’ sebelum dijawab ‘today’ oleh lelaki berkenaan.

“Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan ditahan pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes penculikan menyebabkan kami semua ditahan dan saya dibawa ke depot tahanan imigresen.

“Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat,” katanya.

Pada masa sama, wanita itu mengakui masih trauma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian pahit dialaminya itu.

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
TMJ kongsi cerita saat insiden tembakan berlaku di Bangkok
October 4, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
2 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
2 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok