Edisi pertama program RIUH-Keluarga Malaysia di Ayer Hitam 3-5 Mac

February 20, 2022 · Isu semasa

Program RIUH-Keluarga Malaysia edisi pertama anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 Mac ini di Arena Warna, Ayer Hitam, Johor.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata program itu melibatkan kerjasama antara kementerian itu, MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), menurut laporan Bernama.

Beliau berkata program itu bertujuan mempromosi dan memartabat industri kreatif tempatan serta memulihkan ekonomi dan merancakkan sektor pelancongan.

“Program ini akan turut diadakan di setiap negeri secara berperingkat,” katanya dalam wawancara program Sembang Santai ‘Hello Permata’ di radio Johor FM hari ini.

Program RIUH-Keluarga Malaysia itu diluluskan di Dewan Rakyat tahun lepas melibatkan kos sebanyak RM20 juta menerusi Bajet 2022.

Program itu juga menyasar untuk menarik lebih ramai belia terutama yang meminati seni lakonan, tarian dan lukisan bagi memahami mengenai prospek cerah untuk menjana ekonomi dalam bidang seni dan digital.

Berita berkaitan
Khairy masuk PKR mungkin Rafizi akan rasa tercabar: Zahidi
February 3, 2023· Politik
Zahidi nak lari ke PKR lepas dipecat UMNO
January 30, 2023· Politik
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023· Isu semasa
Zahida calon Padang Besar, ganti Zahidi yang disingkirkan?
November 1, 2022· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
7 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
7 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok