Ebit Lew tiba di Semenanjung Gaza diiringi tentera berperisai

June 28, 2021 · Isu semasa

Selepas mengharungi perjalanan lebih empat jam dari Ismailia di Mesir, pendakwah terkenal Ebit Lew dan rombongannya selamat memasuki Semenanjung Gaza, Palestin dengan diiringi pasukan tentera menggunakan kereta perisai, menerusi pintu sempadan Rafah hari ini.

Dalam kenyataan hari ini Ebit Lew berkata, beliau difahamkan oleh Kedutaan Malaysia di Kaherah dan Unit Perisikan Tentera Mesir bahawa rombongan mereka adalah pasukan pertama dunia yang dibenar melalui lintasan Rafah yang terletak di sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir selepas perang 11 hari pada Mei lalu.

Kaherah membuka semula pintu lintasan Rafah Februari lalu bagi memudahkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza berulang alik ke Mesir bagi mendapatkan barang keperluan dan rawatan perubatan.

Bagaimanapun, Agenda Daily difahamkan hanya Ebit Lew dan rombongan sahaja yang dibenar melintasi pintu sempadan itu yang dikawal pasukan keselamatan Mesir dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Pelbagai barang makanan dan ubat-ubatan yang dibeli Ebit Lew dan diisi di dalam beberapa lori akan melalui pintu sempadan Kerem Shalom yang dikawal pihak berkuasa rejim Zionis Israel yang mengenakan perintah sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak puluhan tahun lalu.

Dua hari lalu, Pasukan Tentera rejim Israel (IDF) dilaporkan membuka separuh sahaja pintu sempadan Kerem Shalom. Mulai Jumaat, rejim itu hanya membenarkan bahan mentah untuk industri kritikal memasuki Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan berkenaan.

Ebit Lew berkata terdapat lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia yang sedang menunggu untuk memperoleh kebenaran memasuki Semenanjung Gaza bagi menghantar bantuan.

“Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 NGO seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.

“Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye

“Walau terlambat seminit, betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra. Terima kasih Dato Idamoerni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah,” kata Ebit Lew.

Ebit Lew juga berterima kasih kepada Tengku Mahkota Johor yang banyak membantu dan turut menyumbang bersama.

“Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Malaysia serta kerajaan Mesir yang memberi bantuan selain menjaga keselamatan anggota rombongan sepanjang perjalanan malam tadi.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut.

“Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya.

Ebit Lew mahu segera masuk Gaza, rindukan ayah sakit di Malaysia

Ebit Lew mahu segera masuk Gaza, rindukan ayah sakit di Malaysia

Berita berkaitan
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023· Dunia
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok