Ebit Lew mulakan misi bantuan kemanusiaan Palestin

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan beberapa kakitangannya sudah berlepas ke Kaherah, Mesir dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin, malam tadi.

Dalam klip video yang dimuat naik malam tadi, Ebit Lew dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya, sebelum menaiki pesawat ke Mesir. Tiket penerbangan mereka ditaja oleh Turkish Airlines.

Dalam kiriman di Facebook beliau pula, Ebit Lew meminta rakyat Malaysia berdoa semoga misi bantuan itu berjaya dilaksanakan.

“Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah kami dan hanya kepadaMu kami berserah,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra kerana memberi sokong mempermudahkan misi kemanusiaan itu.

“Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT. Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor yang memberi semangat dan doa.

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR