Duti eksais produk minuman bergula, cecair vape akan diperkenal

October 29, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bercadang untuk memperluaskan duti eksais terhadap produk minuman bergula dan juga ke atas produk cecair vape yang mengandungi nikotin, kata Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat Zafrul semasa pembentangan Bajet 2022 hari ini dan langkah tersebut diambil bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan rakyat.

“Selain itu, ke arah gaya hidup sihat juga, Kerajaan bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

“Kerajaan juga bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zafrul membentangkan Bajet 2022 terbesar dalam sejarah negara yang bernilai RM332.1 bilion.

Jelasnya lagi, kerajaan juga menumpukan bagi aspek kesihatan awam dan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat.

“Aspek kesihatan awam juga akan diberi perhatian. Dalam memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat.

“Dalam sesi sembang santai bersama anak muda, Dr Shantesh Kumar telah membangkit isu berkenaan penyakit jarang jumpa. Oleh itu, Kerajaan akan memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia seperti lisosomal,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zafrul juga mengumumkan Bajet 2022 menyediakan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
Serah kepada BNM wajibkan pengeksport tukar hasil eksport kepada ringgit
July 10, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok